Saturday, 21 April 2012

Sejarah tamadun india

Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepastempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengankedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepadamasyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedikmerupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana padazaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di LembahIndus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebutberalih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiridaripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada ataukerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahanChandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahanDinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti inimencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

No comments:

Post a Comment